Wednesday, April 30, 2008

D-DAy

Assalamualaikum,

Alhamdulillah puja dan puji buat Tuhan sekelian alam, robbuljalal, yang memberi aku kesempatan untuk memulakan blog satu wadah yg tidak asing lagi di zaman IT ini. Selawat dan salam buat Nabi tercinta Muhammad SAW yang telah berusaha mencetak Al-Quran yang bergerak ke dalam diri sahabat-sahabat baginda sehingga akhirnya risalah baginda sampai kepada kita.

Salam perkenalan kepada semua blogger. Semoga wadah ini dapat memanfaatkan diri aku dan umat Islam. Tidak dilupakan warga Malaysia yang amat unik dengan pelbagai latar belakang ditambah pula mempunyai masyarakat majmuk yang sangat harmoni. Semoga kehadiran aku dapat diterima seadanya. Masih banyak ilmu dan pengetahuan yang belum aku tahu. Oleh itu, aku harap semua dapat memberi tunjuk ajar. Selamat berkenalan dan wassalam.

No comments: