Wednesday, April 15, 2009








Kisah Perjuangan Cikgu Murad



NAMA Cikgu Murad tidak perlu lagi diperkenalkan kepada warga HPA. Beliau boleh dianggap antara teraju utama yang mengerakkan HPA di bawah. Namun, kedudukan antara leader utama tidak mengubah keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup mesra di sebalik terkenal dengan ketokohan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan 'downline'nya.


Berasal dari Guar Cempedak, Kedah, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru dalam bidang Asas Ekonomi. Mula aktif dengan MLM (Jualan langsung) pada 1996 apobila bergerak di bawah sebuah syarikat MLM tempatan terkemuka ketika itu.


Bersama syarikat berkenaan, beliau berjaya mewujudkan rangkaian yang cukup luas dan kukuh. Dengan kejayaan itu, beliau mencapai tahap kelayakan untuk tabungan kenderaan mewah dan bonus yang tinggi. Namun, di sebalik kemewahan yang dikecapi, Cikgu Murad mengakui jiwanya kosong dan merasai masih ada kehilangan yang terus dicarinya.


Pada September 1997, beliau telah diperkenalkan seorang 'upline'nya mengenai HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang ketika itu sedang mengembangkan perniagaan berasaskan herba dan ilmu perubatan herba. Nama HPA pun tidak begitu dikenali ramai jika dibandingkan dengan syarikat MLM lain apatah lagi dalam bidang perubatan herba.


Cikgu Murad pada mulanya kurang berkeyakinan dan memohon untuk berjumpa dengan Pengarah Urusan sebelum membuat apa-apa keputusan. "Ketika itu jaringan saya sudah cukup kuat melebihi ribuan 'down line', la bukannya keputusan yang mudah, justeru, saya membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tn Hj Ismail untuk mengetahui visi dan misi HPA sebelum membuat keputusan menyertai HPA.


"Alhamdulillah setelah perbincangan diadakan, saya amat tertarik dan terpegun dengan keperibadian dan kesungguhan misi dan visi Tn Haji Ismail, terutama keikhlasan beliau memperjuangkan ekonomi dan martabat umat Islam dalam ilmu perubatan herba," katanya.
Cikgu Murad berkata, setelah membuat keputusan menyertai HPA, bonusnya dalam syarikat MLM terdahulu telah 'ditahan' dan kenderaan mewah yang dipandu juga terpaksa diserahkan kembali.


"Ramai 'down line' rasa kecewa setelah saya meninggalkan syarikat berkenaan 'dan ada antara mereka tidak dapat menerima keputusan yang saya buat kerana telah bersama-sama saya membina rangkaian."


Cikgu Murad berkata, pembabitan awalnya lebih kepada ilmu perubatan herba yang dicurahkan oleh Tn Hj Ismail dan bukannya terus menjana jaringan. Selepas ilmu diperolehi dan diamalkan maka saya terus mengorak langkah membina kekuatan HPA dengan keikhlasan di hati.
"Alhamdulillah, selepas 9 tahun berlalu bersama HPA, kini saya merasakan segala hasil usaha saya bukan untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi mecari keredhaan Allah SWT. Inilah pencarian saya yang sebenarnya."


Bersama HPA, Cikgu Murad telah melalui zaman 'jatuh bangun' serta cabaran yang tidak dapat dilupakan. Antaranya pada awal tahun 1999, ramai pemimpin HPA yang 'keluar' menyertai sebuah syarikat MLM berpengkalan di Alor Star yang memaksa beliau sendiri memberi kekuatan tambahan kepada rakan-rakan lain yang masih bersama-sama HPA supaya bersabar dan bertahan.


"Ada tohmahan dalaman dan luaran mengatakan HPA sudah tutup kedai dan sebagainya". Namun, tidak semua pemimpin HPA ketika itu yang lari dari medan perang. "


Cikgu Murad antaranya yang terus cekal dan'berdiri' di barisan hadapan merempuh segala halangan demi untuk perjuangan HPA dan setia bersama Tn Haji Ismail pada ketika itu.


"Itu pengalaman yang secara iujurnya menyentuh hati saya sepanjang bersama HPA. Tn Hj Ismail juga beberapa kali pernah berkata bahawa beliau redha dengan masalah yang berlaku."


Setelah keadaan kembali berubah dan HPA menunjukkan peningkatan pada tahun berikutnya, Cikgu Murad terus mengatur langkah dan merancang strategi untuk HPA. "Perjuangan mesti diteruskan demi memartabatkan perjuangan HPA."


Antara ilham yang tercetus ialah semasa beliau dan Tn Hj Ismail membuat lawatan ilmu ke bumi para anbia, Syria pada tahun 2005 ialah program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

"llham ini tercetus secara tiba-tiba semasa saya dan Tn Hj Ismail berada di sekitar Makam Panglima Islam Salehuddin Al-Ayubi di Kota Damsyik. Kami bersyukur dikurniakan satu ilham mulia terutama apabila berada di tempat yang mulia dan diberkati Allah SWT," katanya.


"Kini saya amat menghargai dan gembira dengan usaha keras yang ditunjukkan oleh leader-leader yang lain dalam memperjuangkan Program PBC di seluruh pelusuk negara. Pastinya ada rahmat di sebalik apa yang dikurniakan oleh Allah SWT," katanya.


"Kekuatan yang ada pada HPA ialah pertamanya produk yang berkesan atau mujarab dan harga yang ditawarkan murah dan mampu dibeli oleh sesiapa saja. Keduanya, Pelan Pemasaran yang ehsan, tiada unsur penindasan, adil serta telus. Ketiga, faktor keperibadian Tn Hj Ismail yang menunjukkan contoh kepimpinan yang mulia berlandaskan hukum syariat Islam.


"Dengan dua program iaitu PBC dan Perkongsian llmu Cemerlang (PIC), sa.ya amat yakin HPA menuju tepat ke sasaran yang ditetapkan, INSYAALLAH! HPA bukan untuk jutaan ringgit tetapi mampu menuju ke tahap puluhan juta..satu hari nanti."




sumber: