
Thursday, April 22, 2010
EIT

Wednesday, November 25, 2009
Sunday, August 30, 2009
Ubat H1N1.
Segala penyakit Allah telah sediakn ubatnya, hanya terserah kepada kita untuk mencari dan mengkaji. Mari kita sahut cabaran "Back to nature",mengamalkan herba.
Saya difahamkan oleh kawan yang mengambil biologi mengatakan virus adalah sangat halus, walaupun kita memakai topeng ia tetap dapat menjangkiti kita. Oleh itu, dia mengatakan hanya imuniti dalaman seseorang sahaja yang dapat melawan virus itu. Alhamdulillah, HPA datang dengan sebuah lagi herba yang dapat meningkatkan imuniti diri untuk melwan sebarang penyakit, InsyaAllah. Banyak-banyakkan Qiamullail kerana banyak kebaikan yang Allah sediakan untuk orang yang bangun Qiamullail. Mintalah daripada Allah kerana Allah itu Pemurah, sedangkan kita ini sangat fakir di dunia ini.
Saturday, July 25, 2009
Tazkirah
Fakhrullah Siddiqi: ‘’sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran” – hadis riwayat Baihaqi…Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik..
HARI YANG PASTI SUDAH DEKAT!!!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’
- Hadith Sahih Bukhari
~ perkara ni dah jadi dah… depan mata…. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.
2) Zina bermaharajalela..
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..’ – Hadith Sahih Muslim
~ perkara ni dah jadi dah… depan mata… kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.
3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah
~ perkara ni dah jadi dah… depan mata….. paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah… dan pelbagai lagi… ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.
4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’ – Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah… tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada… masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih… cantik….
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga..’ – Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…… ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela…. bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak…
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal… kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’ – Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada….
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’ – Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)… pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar… ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar “lurah aku”, betapa besar pinggul aku”, betapa ramping badan ku… betapa ‘flat’ perut ku …. etc… masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.’ – Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok… atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie……. macam macam kan ….
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu …….
& disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq … soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ….. buat tak tahu jek….
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’ – Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji… Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir….
QUOTED FROM http://kpa2u.wordpress.com/fikir-fikir/tazkirah/
Wednesday, April 15, 2009

NAMA Cikgu Murad tidak perlu lagi diperkenalkan kepada warga HPA. Beliau boleh dianggap antara teraju utama yang mengerakkan HPA di bawah. Namun, kedudukan antara leader utama tidak mengubah keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup mesra di sebalik terkenal dengan ketokohan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan 'downline'nya.
Cikgu Murad berkata, setelah membuat keputusan menyertai HPA, bonusnya dalam syarikat MLM terdahulu telah 'ditahan' dan kenderaan mewah yang dipandu juga terpaksa diserahkan kembali.
"Alhamdulillah, selepas 9 tahun berlalu bersama HPA, kini saya merasakan segala hasil usaha saya bukan untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi mecari keredhaan Allah SWT. Inilah pencarian saya yang sebenarnya."
"llham ini tercetus secara tiba-tiba semasa saya dan Tn Hj Ismail berada di sekitar Makam Panglima Islam Salehuddin Al-Ayubi di Kota Damsyik. Kami bersyukur dikurniakan satu ilham mulia terutama apabila berada di tempat yang mulia dan diberkati Allah SWT," katanya.
Friday, June 27, 2008
Album :
Munsyid : Da'i Nada
http://liriknasyid.com
La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x
Pengirim : farhan fuad
Wednesday, June 25, 2008
Bukan Ibuku!

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata
“EEEE, ibumu hanya ada SATU MATA!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”.
Ibuku hanya berdiam diri!!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…
Aku ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"
KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat”, dan terus menghilangkan diri.
Satu hari
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk
aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu…
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
Dengan kasihku kepadamu…
IBUMU…”
Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!